Wednesday, 16 March 2011

Melakar Sejarah Kyokushin Di Sabah

Sempena Pertandingan Karate Kota Kinabalu City Day , pasukan Kyokushin telah menghantar 3 peserta untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka ialah Sensei Mohd Hosein Shabanpour , Sensei Mohd Hassan Karimi dan Sensei Yu Mun. Hasilnya , 2 emas dan 1 perak , satu pencapaian yang amat baik.

BERSAMA SHIHAN MICHAEL DING



Bagi saya , Shihan Michael Ding merupakan seorang yang peramah walaupun tegas semasa latihan. Beliau sangat mudah di dekati dan merendah diri. Ramai guru-guru Seni Beladiri seperti Silat , Karate , dan lain-lain amat tertarik dengan keramahan beliau.

Tuesday, 8 March 2011

Salam Perkenalan buat peminat Kyokushinkai ...

Blog ini direka khusus untuk semua peminat-peminat Karate Do aliran Kyokushinkai yang diasaskan oleh Mas Oyama. Di Malaysia, Karate Do aliran Kyokushinkai diketuai oleh Shihan Michael Ding selaku Presiden Persatuan Oyama Karate Do Kyokushinkaikan Malaysia merangkap Ketua Jurulatih Kyokushin di Malaysia.
Antara sebab saya membuat blog ini juga adalah disebabkan kurangnya sumber-sumber mengenai Kyokushin dalam Bahasa Melayu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menterjemah beberapa sumber mengenai Kyokushin seperti Sejarah , asal-usul , silibus/sukatan , Pengasas dan lain-lain.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Shihan Michael Ding kerana sudi berkongsi maklumat dan beberapa pelajaran mengenai Kyokushin.