Blog ini direka khusus untuk semua peminat-peminat Karate Do aliran Kyokushinkai yang diasaskan oleh Mas Oyama. Di Malaysia, Karate Do aliran Kyokushinkai diketuai oleh Shihan Michael Ding selaku Presiden Persatuan Oyama Karate Do Kyokushinkaikan Malaysia merangkap Ketua Jurulatih Kyokushin di Malaysia.
Antara sebab saya membuat blog ini juga adalah disebabkan kurangnya sumber-sumber mengenai Kyokushin dalam Bahasa Melayu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menterjemah beberapa sumber mengenai Kyokushin seperti Sejarah , asal-usul , silibus/sukatan , Pengasas dan lain-lain.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Shihan Michael Ding kerana sudi berkongsi maklumat dan beberapa pelajaran mengenai Kyokushin.
hai, sy salah seorang pengamal karate (shitoryu), dan sy berminat ingin menyertai karate kyokushin di Sabah, di KK di mana ada doja nya ya?
ReplyDelete